Assalamualaikum..
Kami
adalah Peguam Syarie yang berpengalaman dan bertauliah untuk
mengendalikan kes-kes Mal seperti Perceraian, Hak Penjagaan Anak
(Hadhanah), Harta Sepencarian, Nafkah Anak, Mut'ah, Nafkah Anak, Nafkah
Iddah, Tunggakan Nafkah Isteri, Faraid dan lain-lain.
Kami
juga berpengalaman dalam mengendalikan kes-kes Jenayah Syariah seperti
Khalwat, Pernikahan Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah, Persetubuhan Luar
Nikah, Tidak Menghormati Ramadhan, Judi dan sebagainya.
Firma Guaman kami mula ditubuhkan pada tahun 2012 dan didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan No. Pendaftaran : SA0317090-T di bawah nama ASYRAF & ASSOCIATES dan pejabat kami di Puchong, Selangor. Peguam utama firma kami adalah En. Asyraf Bin A. Ranee, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Syariah) Dengan Kepujian dan Diploma Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Firma kami bertauliah dan dibenarkan beramal di Mahkamah-Mahkamah Syariah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Johor.