Friday, 13 February 2015

Hak Penjagaan Anak

SUSUNAN ORANG YANG BERHAK MENDAPAT HAK PENJAGAAN ANAK-ANAK?

Seksyen 82 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan :-

(1) Tertakluk kepada seksyen 83, ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.

(2) Jika Mahkamah berpendapat bahawa ibu adalah hilang kelayakan di bawah Hukum Syarak dari mempunyai hak terhadap hadhanah atau penjagaan anaknya, maka hak itu, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah berpindah kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan yang berikut, iaitu—

(a) nenek sebelah ibu hingga ke atas;

(b) bapa;

(c) nenek sebelah bapa hingga ke atas;

(d) kakak atau adik perempuan seibu sebapa;

(e) kakak atau adik perempuan seibu;

(f) kakak atau adik perempuan sebapa;

(g) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa;

(h) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu;

(i) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa;

(j) emak saudara sebelah ibu;

(k) emak saudara sebelah bapa;

(l) waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai ‘asabah atau residuari:
Dengan syarat penjagaan orang demikian tidak menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu.

(3) Tiada seseorang lelaki berhak terhadap penjagaan seseorang kanak-kanak perempuan melainkan lelaki itu adalah seorang muhrim, iaitu, dia mempunyai pertalian dengan kanak-kanak perempuan itu dalam mana dia dilarang berkahwin dengannya.

(4) Tertakluk kepada seksyen 83 dan 85, jika ada beberapa orang dari keturunan atau peringkat yang sama, kesemuanya sama berkelayakan dan bersetuju menjaga kanak-kanak itu, penjagaan hendaklah diamanahkan kepada orang yang mempunyai sifat-sifat paling mulia yang menunjukkan perasaan paling kasih sayang kepada kanak-kanak itu, dan jika kesemuanya sama mempunyai sifat-sifat kemuliaan, maka yang tertua antara mereka adalah berhak mendapat keutamaan

0 comments:

Post a Comment