Perkataan
Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah
menentukan,memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah
syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah
meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Maka
harta peninggalannya akan di bahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu dll), menurut hukum
Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang
ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah,
hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh
syarak serta harta sepencarian. Bentuk harta yang boleh dibahagikan
secara Faraid ialah:
1. Tanah
2. Bangunan (rumah).
3. Barang kemas (emas, perak dll).
4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll
Friday, 13 February 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment