Friday, 13 February 2015

Hak Isteri Selepas Diceraikan


1.MUT'AH
2.NAFKAH IDDAH.
3.HARTA SEPENCARIAN
4.NAFKAH ANAK.
5.TUNGGAKAN NAFKAH.

APA ITU MUT'AH?

Mut'ah bermaksud bayaran saguhati dari suami kepada isteri akibat berlaku perceraian tanpa sebab yang munasabah (kecuali perceraian secara fasakh disebabkan kecuaian/kegagalan suami memeperuntukkan nafkah). Suami wajib membuat bayarn tersebut kepada isteri yang diceraikan berdasarkan kepada firman Allah s.w.t di dalam Surah Al-Baqarah ayat 236 yang bermaksud :

"Tidaklah kamu bersalah dan tidaklah kamu menanggung bayaran maskahwin jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka. walaupun demikian, hendaklah kamu memberi Mut'ah (pemberian saguhati) kepada mereka yang diceraikan itu iaitu suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan"

KELAYAKAN MENUNTUT MUT'AH

1.jika perempuan yang diceraikan oleh suami selepas disetubuhi.
2.jika diceraikan oleh suami tanpa disetubuhi dan tidak dinyatakan mas kahwin semasa akad nikah.
3.jika diceraikan melalui kuasa mahkamah(fasakh) tanpa disetubuhi akibat kecuaian suami.
4. jika diceraikan dengan tebus talak (khulu')
5.jika perempuan yang menceraikan dirinya dengan kuasa talak yang diberikan oleh suaminya.

KADAR MUT'AH.

Tiada kadar tetap yang ditentukan oleh syarak. Penentuan kadar mut'ah ini adalah berdasarkan kepada sumbangan, pengorbanan isteri sepanjang tempoh perkahwinan dan kemampuan suami.

walau bagaimanapun, menurut Imam Syafie, kadar mut'ah adalah sebanyak 30 dirham daripada perak, manakala pendapat ulama Syafiyah , sunat tidak melebihi daripada setengah mahar (mas kahwin), jika lebih adalah diharuskan.

0 comments:

Post a Comment